Monday, September 30, 2013

DIA mendengar rintihan kita.



. agak lama tidak mengupdate cerita, moga ALLAH redha  

وَإذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنّي قَرِيْبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونِ  (al baqarah: 186)
Ertinya :
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (berada dalam kebenaran)”

Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur utk menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH di samping kewajipan yg lain.

Alhamdulillah, kita masih merasa nikmat iman dan nikmat kesihatan.
Shbt2, pernahkah kita merasa lemah? Pernah kah kita merasa sempit dgn kehidupan kita?

Ya.
Pasti ada.
Tak kira siapa, krna manusia itu fitrahnya serupa.
Ayat yg sy tulis atas skali tu ,akhir2 ni bnyk mnyentuh diri sy sendiri.
Kadang2 kita rasa kita semangat, tp tiba2 dtg pula perasaan gundah.
Kita rasa sedih. Kita rasa keseorangan. Kita rasa hidup ni kosong. Kita rasa hidup ni sia2. Nauzubillah.


Tp shbt2, percayalah.
Kita kena yakin dgn kalam ALLAH.
Ssghnya dia dekat dgn kita. DIA mendengar segala rintihan kita. 
DIA  lebih mendalami masalah kita.
Jadi, berceritalah dgn ALLAH.
mengadulah padaNYA.
menangislah, jgn pendam.



kdg2 masalah itu dtg, utk kita berinteraksi dgnNYA.
kdg2 DIA nak ajar kita sesuatu dgn masalah itu.
sbb tu penting utk kita bersangka baik atau berfikiran positif bila masalah menghujani kita.
kita perlu cari hikmah di sebalik perkara tu.



Kongsilah masalah dan merintihlah dgn PENCIPTA kita.
ALLAH itu sifatnya mendengar dan mengasihi.

                    ::..Peringatan buat diri yg bergelar hamba..::
>> Sedarlah wahai diri yg kerdil, diri yg hina, diri yg tidak punya apa2 melainkan dengan izinNYA. Kita ini ciptaanNYA. DIA tahu yg terbaik utk kita. Sentiasa bermonolog dgn ALLAH, sllu berkomunikasi dgnNYA. Berceritalah masalah kamu kpdNYA, insyallah pertolongan ALLAH itu sntiasa ada, secara langsung atau tidak langsung <<

Jgn malu utk berdoa, jgn malu utk berkongsi cerita, jgn malu utk berdating lama2 dgnNYA, teruskan mujahadah kita. Tingkatkan iman, tambahkan amal.

sekadar berkongsi krna sy syg anda semua. J




No comments:

Post a Comment

pemilik cinta

Wahai muslimah,dirimu ibarat kuntum penyeri.. Sang suria pagi... Kudupnya mekar meniti hari.. Mewangi bak haruman syurgawi.. Usah biarkan wajahmu dipalit luka, lantaran iman tatkala leka. . Taqwamu menjadi benteng diri.. Angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi.. insyallah...^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...